10.08.2012 10.22 PM


Ada sebab kenapa aku nak sangat kau hanya anggap aku sebagai kawan. Aku dah ada orang boleh jaga aku.Kau pulak adalah teman suka duka aku, gelak ketawa kita. Ahhhhh! aku tak dapat lupa ah siot! Ya, sebelum ni dah beberapa kali dah kau minta kita bersama balik kan? :) tapi aku memang tak sanggup dah. Bukan kau hina bagi aku. Aku sayangkan hubungan kita. Hubungan kita yang kita dah sama sama bina dari umur kita 14 kan. Dari mula kau bertapakkan kaki kau dekat sekolah. Aku nak sayang kau dan cintakan sederhana yang boleh. Aku taknak terlalu cintakan kau, terlalu sayangkan kau, terlalu mengharapkan kau, terlalu perlukan kau, terlalu inginkan kau, terlalu mahu kau ada dua puluh pat jam dengan aku. Aku just nak kita bersama selalu. Bila satu malam tu aku dah fikir masak masak. Aku rasa better kita berkawan rapat kan? Hahaha, ya ayyang. memang itu yang abang pernah cakap dulu. Tapi sekarang abang tak tahu apa yang dah jadi. Kejap kita okay, and kejap tak. Perangai masing-masing makin ego. Ego tu kalau rendah takpa, ni tak, tinggi kaw kaw punya. Tapi kita selalu tersenyum bila bersama kan? haaa. itulah kekuatannya. Dulu memang betul aku taknak mengalah untuk cinta kita. Tapi kita dah matang kan? Kita membesar bersama. Banyak hati aku simpan sakit sebab kau. Terlalu sayangkan kau kan. Tapi aku taknak tunjuk. Sebab bagi aku, makin banyak sakit, makin kuat cintanya :) Kau memang selalu buat aku risau tau. Haritu sampai tak balik rumah. Risau sangat aku. kehulur kehilir. Tapi ada aku bagitahu kau yang aku risau? tak kan? Aku buat macam takda apa apa. Aku cuba jadi yang sebaik baiknya yang kau perlukan. Hm, and sekarang kau buat keputusan nak tukar sekolah and kau dah pun tukar. Secara dalam senyap kan? Emm :) Aku tak kesah k. Aku hanya nak nampak kau bahagia setiap detik dalam hayat kau. Kau pun memang nak sekolah sana kan. Mula mula kau cakap ikut abang kau sekolah kat serawak. Aku memang tak percaya. aku nampak reaksi muka kau. Come on lah. Aku dah bertahun dengan kau. Dah masak dah pun dengan perangai kau. Haaa, then akhirnya aku tersenyum bila kau sendiri jujur yang kau sebenarnya tukar ke taman ehsan. Alhamdulillah. Aku taknak kau rosak k. Hidup dekat sekolah tu mungkin lebih mengajar kau kan. Aku always support kau. Always support kau sampai bila bila. Ingatkan janji kita? 27 :)
20.02.2012 9.29 PM


OTAK. Aku dah penat sangat sangat dah. Penat mencari mana lagi lubang dekat otak ni nak ditutup. Ada skrew tertanggal ke apa ke. Tak cukup lagi ke apa yang aku buat selama ni. Aku dah try the best dah untuk korang. Macam macam aku buat untuk seimbangkan life aku. Memang aku social. Tapi aku dah tunjukkan result yang cemerlang kan. Aku perlu ada kawan kawan kat sebelah aku setiap masa. Aku tk minta duduk dalam penjara dalam sangkat or other else. Aku dah besar. Dah 16 tahun. Jangan jaga aku macam jaga yang lain. Selama ni yang lain lain teruk. Tak ada pun marah marah. Tapi bila aku buat. Kau caci maki, perli aku. Macam teruk sangat aku ni. Aku bersabar. Aku tk pernah cuba untuk bersifat kurang ajar dalam keluarga. Syurga bawah tapak kaki kau mama. Setitik air mata kau jatuh ke lantai maka neraka lah perginya aku. Orang lain tak ada mak lagi yang berada disisi. Aku takboleh mengeluh. Aku bersyukur ya Allah. Tak apa. Mungkin apa yang kau lakukan pada aku ini bakal mendatangkan hasil yang lumayan. Aku akan buktikan yang aku lain dari yang lain. Aku yang hebat. Superapit (Y)

20.02.2012 9.11 PM


Takperlu tanyakan. Yang kat atas ni namanya SUPERMAN. The most tougless man in the world. Dulu masa masih kanak kanak. Ini lah idola aku. Sebab dia boleh terbang kan. Sebut je SUPERMAN. Semua tahu. Popular, Tough, Superpower, flying around the globe. Semua dia mampu lakukan. Tapi setelah aku meningkat dewasa, dia bukan lagi SuperHero yang hebat. Sebab dia tak menduduki peperiksaan besar macam kita. Kita menempuh pelbagai dugaan. UPSR PMR SPM STPM MATRIX  SIJIL DIPLOMA IJAZAH MASTER PHD. Jadi sehebat hebat manapun manusia tu. Dia tetap ada kelemahannya. Anggaplah ini satu motivasi. Kita adalah manusia. Diciptakan dari tanah. Makhluk terhebat yang dia cipta. Kita mampu melakukannya. Jangan pernah putus asa. Dan SUPERMAN hanyalah hayalan. Kitalah SuperHero tu. Betul betul dekat dalam hati yang tersayang. Dia tahu kita lah yang terhebatt (Y)